Tuesday, 26 August 2014

Tips menjawab kaji selidik secara atas talian (online)

Salam sejahtera, di sini saya kongsikan beberapa tips untuk anda layak menjawab kaji selidik secara atas talian tanpa di saring keluar.

1. Anda perlu mendaftar menggunakan email yang valid
    Contohnya jika dalam satu rumah anda, ada adik, abang, kakak, suami/isteri dan anak-anak ingin mendaftar jugak mengunakan ip address yg sama, survey online ini dibaca mengikut ip address. Jadi biasanya satu ip address untuk satu akaun sahaja. Oleh itu, sekiranya ada beberapa akaun yg mendaftar di bawah satu ip address, maka survey online ini akan mengambil satu bacaan sahaja, yg lain tidak di kira. 

2. Menjawab dalam bahasa yang difahami
    Apabila anda menjawab survey online pilihlah bahasa yang anda fahami walaupun anda pandai bahasa yg lain.

3. Jawab dengan jujur.
    Sebenarnya boleh sekiranya anda hendak menjawab secara tidak jujur tetapi nanti anda sendiri yg tak faham apabila di tanya sebab anda tidak mengalami situasi yang sebenarnya berbanding peserta yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu keadaan tersebut. Oleh itu, sekiranya anda ingin menjawab survey tersebut, terpulangla kepada anda, tetapi jangan sehingga pihak survey online dapat mengesan anda, anda mungkin di kenakan denda atau di tolak point mata anda mengkut syarat dan terma yg telah di tetapkan. Jadi anda perlu berhati-hati.

4. Jadilah orang yang terawal menjawab survey
    Dalam survey ini online ini terdapat kuota dan sekiranya kuota telah penuh, anda tidak boleh mengambil bahagian lagi. Bagi sesiapa yang ada smartphone atau ipad anda boleh linkkan email anda dengan gadget tersebut. Jadi apabila anda mendapat email, anda akan mendapat notification seawal mungkin. Dengan cara itu, anda akan berpeluang menjadi orang yg terawal menjawab survey.

5. Jawab "tiada satu pun di atas"
   Apabila di tanya berkenaan pekerjaan anda atau saudara mara yang terlibat dalam industri pemasaran, pengiklanan ,pengeluaran produk atau lain-lain, anda perlu jawab "tiada satu pun di atas". Tujuan soalan ini di tanya adalah untuk mengelakkan produk mereka dari di tiru atau maklumat syarikat mereka di ketahui oleh syarikat pesaing mereka, jadi pihak survey online perlu tahu status pekerjaan anda dan saudara mara anda.

No comments:

Post a Comment